Followers

Tuesday, April 1, 2014

Bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan tetap dengan pelaburan RM75 di elken

Lama sudah rasa tak menulis di blog ini, kerana rutin harian dengan kerja-kerja website dan design. Ramai yang menelefon saya dari merata Malaysia, hatta dari Labuan juga pernah saya sambut. Ada juga yang bertanya bagaimana nak beli barang elken dan bertanyakan stokis elken yang terdekat ditempat mereka. 

Yang paling mengujakan adalah "Bagaimana nak join elken dan nak dapatkan income dengan elken?". Terus terang saya beritahu, tiada jalan senang untuk menjadi kaya tetapi ramai orang yang bankrupt dapat menyelesaikan hutang mereka di elken. Bagi saya untung dan rugi dalam perniagaan itu biasa dalam mana-mana perniagaan. Ianya bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan anda dalam menempuh hari-hari sebagai peniaga. Kata orang cina "Tiada wang kecil mana dapat wang besar ma".

Ada betulnya ungkapan tersebut di atas, di elken kami diajar bagaimana melaburkan alat-alat bantuan bagi menjual atau melariskan perniagaan/barangan. Anda tidak perlu membuat sendiri leaflet ataupun mencipta sendiri video testimoni kerana banyaknya terdapat video CD dan alat-alat bantuan seperti buku-buku produk dan sebagainya.

Ini adalah sebahagian buku-buku produk elken dan disudut
 hujung pula adalah kaset-kaset ceramah dan testimoni serta
VCD dan CD elken.-Stokis Elken Segambut.
Selain daripada itu, kadar latihan yang kerap daripada hari isnin sehinggalah hari ahad juga membuatkan anda tidak ketandusan ilmu dan memberi anda idea-idea dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman dalam industri ini. Anda boleh memilih aktiviti mana yang anda boleh ikuti mengikut kemampuan dan masa anda. Untuk pengetahuan anda kursus di hotel 5 bintang juga amat berbaloi contoh nya jika bayaran dalam RM150 dan anda diberikan tempat tidur selama 3 hari dengan pulangan produk yang melebihi harga tiket kebiasaan. Sudah tentu ianya adalah yang terbaik, yang pasti anda tidak kelaparan apabila mengikut kursus yang dianjurkan oleh elken.

Selain daripada itu ada juga kursus-kursus yang hanya bermodalkan RM10 (latihan produk) dan juga perjumpaan (meeting) mingguan di Head Office Elken dan juga stokis serta cawangan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei (untuk pengetahuan anda elken juga mempunyai cawangan di Hong Kong, Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia, India dan juga Taiwan.)

Mungkin anda berkata, syarikat lain ada juga yang 50 cawangan diseluruh dunia. Ya betul, saya tidak nafikan tetapi tahukah anda bahawa elken merupakan syarikat MLM tempat pertama di Malaysia dan yang ke 65 dalam senarai Antarabangsa. Saksikan video di bawah ini.



Bagi saya ianya sudah terbukti dengan pelan pemasaran yang meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mengetahuinya. Dengan kata lain semudah 1, 2 dan 3. Caranya senang, ikuti sahaja langkah di bawah:-

1. Daftar ahli RM75.

Pilih satu di antara 2, yang pasti ianya tetapi berbaloi.

2. Beli produk dan guna sendiri.
3. Perkenalkan kepada rakan anda. Dan pastinya anda akan mendapat sen-sen walaupun anda membeli beberapa produk sahaja.

Ya betul, itulah pelan pemasarannya. Untuk menghasilkan wang diatas pembelian produk memang cukup mudah di elken. Bagi mereka yang inginkan pendapatan yang banyak, maka perlulah mereka mengikuti kursus insentif seperti latihan pengedar baru, kelas produk dan juga kelas kepimpinan atau sistem.

Bagaimanakah untuk mendapatkan 1 ribu ringgit di elken?

Anda hanya memerlukan sekitar 50 ke 100 orang baru yang boleh membelikan mana-mana produk elken di antara RM100 ke RM300.

Katakan setiap orang membeli 3 peket spirulina 300 biji yang berharga RM92.00 yang mana SVnya 45.

=45sv x 3peket x50orang=6750sv.
Katakan anda membeli 5 peket spirulina 300biji.
=45sv x 10peket x1 orang =450sv (terpulang kepada anda nak beli spirulina sahaja atau produk lain janji jumlahnya 450sv)
Maka jumlah PGS anda adalah 7200sv
jadi kedudukan anda adalah di antara 5000-7999sv yang memberikan anda bonus prestasi 14%. Sekiranya anda mendapat lebih daripada 8000sv maka status anda adalah pengurus pada bulan tersebut dan anda akan mendapat lebih daripada RM2500 ke RM3000+- termasuk produk voucher dan beberapa insentif.

Maka kiraannya adalah :
7200sv x 14%=RM1008 tunai




Bagaimana sekiranya anda menambah lebih kurang 15 orang lagi?
=(50+15)x45sv x 3peket=8775sv
Status=Pengurus (bersyarat PS 200sv PGS 2000sv) sememangnya anda layak.

Bonus Prestasi = 8775sv+450sv =9225sv

=9225sv x 20% =RM1845 Tunai

Bonus Pengurus 6%

=9225sv x 6% =553.50 Mata
Katakan 1 mata bernilai RM0.80
Maka 
=553.5 x RM0.8 =RM442.8

Bonus Pencapaian Pengurus (jika nilai PGS >=5000sv) 3%
Maka
Nilai Markah
=jumlah BV Syarikat x3%
  Jumlah BV Pelayak

Katakan nilai satu mata RM0.10
Maka Bonus Pencapaian Pengurus
=9225sv xRM0.1=RM922.50

Maka Jumlah Keseluruhan pendapatan pada bulan SV tersebut (Bulan Sv bermula daripada 15hb setiap bulan dan berakhir pada 18hb bulan berikutnya)
=RM1845 +RM442.8+RM922.50
=RM3210.3

Produk Baucer pula 
=9225sv x 10% diberi jika SV melebihi 6000sv (jika SV melebihi 11,000 maka jumlahnya adalah 12%)
=RM922.50 (anda boleh menukar jumlah ini dengan mana2 produk tetapi tiada SV bagi produk yang ditukar tersebut) dan jika tidak mencukupi anda boleh menambah bayaran bagi baki harga produk tersebut. Contoh harga produk adalah RM950 (maka bakinya RM27.50 perlu dijelaskan) dan tiada baki tunai dipulangkan jika harga produk yang ditukar kurang daripada nilai baucer.

Nota: kesemua dengan anggapan nilai SV=BV.
SV kebiasaan digunakan untuk menilai pangkat, BV pula digunakan untuk mengira bonus.
Bagaimana nak daftar elken? Anda boleh melayari http://sihatteam.blogspot.com/p/how-to-register-online.html untuk mengetahui caranya. Atau hubungi saya untuk keterangan lanjut.